4.0 Kriteria makan makanan halal haram menurut al-quran dan sains

 Sebagai sumber hukum Islam yang utama, al-Quran telah menggariskan beberapa kriteria khusus dalam pemakanan. Garis panduan ini sentiasa relevan sepanjang masa, keadaan dan tempat. Di antara panduan tersebut adalah

1. Tidak mengandungi sesuatu yang memabukkan (Arak)

       Arak (khamr) atau alkohol merupakan di antara bahan yang diharamkan dalam Islam. Semua jenis minuman yang memabukkan yang dihasilkan daripadan apa juga bahan seperti perahan anggur, barli, beras, ubi kentang, jagung, gandum dan buah-buahan atau biji-bijian yang lain dikategorikan sebagai arak. Bahan-bahan ini menyebabkan hilang kewarasan akal.
       Manakala alkohol adalah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (OH). Secara asasnya, tidak semua alkohol dapat memabukkan. Namun demikian, terdapat dua sebatian yang memberi kesan memabukkan daripada alkohol iaitu etanol dan metanol. Al-Quran dengan jelas menegaskan pengharaman sesuatu yang memabukkan, dengan firman Allah s.w.t.
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, bertenung nasib dengan panah adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

2. Tidak bersumberkan darah haiwan.

     Darah merupakan cecair merah yang mengalir dalam urat darah.16 Ia dikategorikan sebagai najis dan mendatangkan kemudharatan. Ini kerana telah jelas di dalam al-Qur’an dan alSunnah.
      Secara umumnya, ulama secara ijma‘ telah mengharamkan darah yang mengalir kerana ia najis. Pengharaman ini tidak termasuk darah haiwan air seperti ikan, jantung, limpa dan hati serta sumber darah yang berada dalam saraf binatang selepas ia disembelih selama mana ia tidak mengalir dan darah yang masih kekal selepas dibasuh. Namun para ulama berselisih mengenai kadar yang dimaafkan.

3. Tidak mengandungi khinzir dan derivatifnya
                        
   Secara asasnya, khinzir merupakan binatang yang diharamkan dalam Islam. Pengharamannya jelas dalam al-Qur’an dan al-Sunnah serta ijma para ulama. Pengharaman ini berdasarkan beberapa kemudharatan sama ada dari aspek kimia, mikrob dan sikap (psikologi). Di antara ayat al-Qur’an yang menegaskan pengharaman ini adalah firman Allah s.w.t.
Ertinya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas. Maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  


Comments

Popular posts from this blog

1.0 Pengenalan

6.0 Tatacara pemakanan sihat Rasulullah s.a.w dan khasiatnya

2.0 Definisi