Posts

Showing posts from September, 2018

Isi kandungan

1.0 Pengenalan 2.0 Definisi 3.0 Pemakanan dalam Islam 4.0 Kriteria pemakanan Halal dan Haram menurut Al-Quran 5.0 Sumber Asas Dalam Pembentukan Budaya Makanan Halal 6.0 Tatacara pemakanan sihat dan Rasullulah dan khasiatnya 7.0 Kesimpulan

1.0 Pengenalan

Al-Quran merupakan sumber primer yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan bagi kehidupan manusia. Ia juga dapat dijadikan sebagai panduan asas dalam penentuan halal haram khususnya produk makanan dan barangan pengguna umumnya.                                                 Dewasa ini, timbul pelbagai isu makanan dalam masyarakat Malaysia, kesan perkembangan sains dan teknologi.   Di antaranya isu melibatkan penggunaan sumber bahan mentah yang bercampur dengan gelatin, lemak, darah, arak, anggota badan haiwan yang tidak disembelih, bangkai dan haiwan yang diharamkan seperti khinzir. Hal ini menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan pengguna khususnya Muslim dalam memilih produk makanan yang dapat dipastikan kesuciannya. Malah tidak dinafikan terdapat sebilangan pengguna yang tidak memahami dengan baik konsep makanan halal yang sebenar. Berdasarkan pole...

2.0 Definisi

Image
Umumnya, al-Quran merupakan sumber asas yang sentiasa relevan dalam menjadi rujukan utama terhadap penentuan halal haram masa kini. Malah menjadi penanda aras utama ke arah memastikan konsep makanan menurut syarak tercapai, halal lagi bersih (halalan toyyiba). Pendahuluan Salah satu persoalan yang sentiasa dibincangkan oleh pengguna khususnya Muslim adalah pemilihan makanan halal dan haram. Dengan perkembangan sains dan teknologi yang berlaku, produk makanan yang dihasilkan kini lebih bersifat segera, bervariasi dan menarik .           Makanan yang disediakan    hendaklah dipastikan kebersihannya, dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan mengendalikan masakan makanan untuk juadah keluarga keluarga dan orang lain secara sambil lewa tanpa mengambil kira kesan dan risikonya selepas itu. "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak k...

3.0 Pemakanan dalam Islam

 Makanan   merupakan    keperluan   asasi    bagi    manusia.    Ia    diperlukan   oleh    manusia,    haiwan, tumbuhan   dan hidupan    lain   demi   kelangsungan hidup. Pemakanan ialah sains berkenaan dengan zat-zat atau khasiat atau nutrien dalam makanan. Asasnya,    ia    adalah    status    kesihatan    seseorang   yang    akan    menentukan    keperluan pemakanannya.    Untuk    itu,    pemakanan    merupakan   proses    bagaimana    tubuh    menggunakan makanan kerana dalam makanan ada nutrien.        Pemilihan makanan yang menepati hukum syarak dapat membantu pembinaan rohani dan jasmani yang baik. Imam al-Ghazali mengatakan bahawa makanan yang halal itu dapat menambah   ...

4.0 Kriteria makan makanan halal haram menurut al-quran dan sains

Image
 Sebagai sumber hukum Islam yang utama, al-Quran telah menggariskan beberapa kriteria khusus dalam pemakanan. Garis panduan ini sentiasa relevan sepanjang masa, keadaan dan tempat. Di antara panduan tersebut adalah 1. Tidak mengandungi sesuatu yang memabukkan (Arak)        Arak (khamr) atau alkohol merupakan di antara bahan yang diharamkan dalam Islam. Semua jenis minuman yang memabukkan yang dihasilkan daripadan apa juga bahan seperti perahan anggur, barli, beras, ubi kentang, jagung, gandum dan buah-buahan atau biji-bijian yang lain dikategorikan sebagai arak. Bahan-bahan ini menyebabkan hilang kewarasan akal.        Manakala alkohol adalah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (OH). Secara asasnya, tidak semua alkohol dapat memabukkan. Namun demikian, terdapat dua sebatian yang memberi kesan memabukkan daripada alkohol iaitu etanol dan metanol. Al-Quran dengan jelas menegaskan ...

5.0 Sumber Asas Dalam Pembentukan Budaya Makanan Halal

Islam telah memberikan garis panduan khusus dan umum dalam pemilihan makanan yang halal dan menjauhkan syubhat dan haram. Dengan itu, Jelas syariat Islam amat menitikberatkan persoalan halal haram dalam pemakanan. Ada yang disebut secara terang dalam Al-Quran dan Al-Sunnah, dan ada yang dibiarkan tanpa status yang khusus serta ditinggalkan kepada urf setempat sama ada untuk memilihnya berdasarkan penilaian yang baik dan buruk. Namun begitu, terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan oleh ulama dalam menentukan baik buruknya sesuatu makanan. Secara tidak langsung, pengenalpastian cita rasa yang baik dan buruk tersebut dapat membantu masyarakat Islam dalam penyediakan dan pengambilan makanan halal.

6.0 Tatacara pemakanan sihat Rasulullah s.a.w dan khasiatnya

Image
 Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.       Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini.     Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping...

7.0 Kesimpulan

Makanan menghasilkan kehidupan kepada manusia, binatang, tumbuhan malah semua makhluk yang bernyawa. Setiap masyarakat mempunyai citarasa yang melahirkan budaya makanan dan pemakanan tersendiri. Cita rasa ini berbeza mengikut kawasan geografi iklim dan masyarakat. Ia diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Namun ia turut terdedah kepada pelbagai bentuk perubahan. Justeru itu, makanan merupakan lambang jati diri bangsa dan identiti etnik. Perubahan budaya makanan ini dapat membentuk pola budaya makanan yang terbaharu dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Kecenderungan ini perlu diiringi dengan rasa sentiviti halal yang tinggi dalam masyarakat agar selain berlakunya penjajahan citarasa, makanan yang disajikan menepati konsep halalan tayyiban yang digariskan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah.

8.0 Rujukan

l  Buku Rujukan Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam l  http://pemakanandankesihatan.blogspot.com/2017/12/kaitan-antara-pemakanan-dan-kesihatan.html#more