7.0 Kesimpulan

Makanan menghasilkan kehidupan kepada manusia, binatang, tumbuhan malah semua makhluk yang bernyawa. Setiap masyarakat mempunyai citarasa yang melahirkan budaya makanan dan pemakanan tersendiri. Cita rasa ini berbeza mengikut kawasan geografi iklim dan masyarakat. Ia diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Namun ia turut terdedah kepada pelbagai bentuk perubahan.

Justeru itu, makanan merupakan lambang jati diri bangsa dan identiti etnik. Perubahan budaya makanan ini dapat membentuk pola budaya makanan yang terbaharu dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Kecenderungan ini perlu diiringi dengan rasa sentiviti halal yang tinggi dalam masyarakat agar selain berlakunya penjajahan citarasa, makanan yang disajikan menepati konsep halalan tayyiban yang digariskan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah.

Comments

Popular posts from this blog

1.0 Pengenalan

6.0 Tatacara pemakanan sihat Rasulullah s.a.w dan khasiatnya

2.0 Definisi